The Great Ziegfeld
The Great Ziegfeld ialah sebuah filem muzikal Amerika Syarikat 1936 diarahkan oleh Robert Z. Leonard dan dihasilkan oleh Hunt Stromberg. Filem ini dibintangi William Powell, Luise Rainer dan Myrna Loy. Ia memenangi tiga Anugerah Akademi termasuk Filem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik untuk Luise Rainer dan Arahan Tarian Terbaik serta dicalonkan untuk empat kategori lain.
