Stree 2
Stree 2 ialah sebuah filem Komedi Seram berbahasa Hindi tahun 2024 dari India. Diarahkan oleh Amar Kaushik dan diterbitkan oleh Dinesh Vijan dan Jyoti Deshpande. Sekuel kepada Stree, ia merupakan ansuran kelima dalam Maddock Supernatural Universe. Ia dibintangi oleh Rajkummar Rao dan Shraddha Kapoor dalam watak utama, di samping Pankaj Tripathi, Abhishek Banerjee dan Aparshakti Khurana dalam peranan sokongan. Filem ini dijadualkan untuk masuk panggung seluruh dunia pada 15 Ogos 2024.
