Love and Monsters
Dylan O’Brien membintangi kisah pengembaraan yang menyeronokkan dalam aksi epik dan penuh gelak ketawa. Setelah dunia ditawan oleh raksasa, Joel (O’Brien, The Maze Runner) dan semua penduduk terpaksa hidup di bawah tanah. Yakin bahawa dia telah kehilangan semua orang yang dia sayang, Joel mendapati Aimee (Jessica Henwick, “Game of Thrones”) kekasihnya sewaktu di sekolah tinggi berada hanya 80 batu dari tempatnya. Mengharungi bahaya yang tidak diketahui, Joel harus mencari adiwira dalam dirinya sewaktu merentas kawasan yang dipenuhi raksasa dalam perjalanan yang mustahil untuk bersama gadis idamannya. Turut dibintangi oleh Michael Rooker (Guardians of the Galaxy) dan Ariana Greenblatt (Avengers: Infinity War).
