Ghost Rider
Ghost Rider merupakan filem superhero supernatural Amerika Syarikat tahun 2007 ditulis dan diarahkan Mark Steven Johnson mengadaptasikan komik-komik watak senama terbitan Marvel Comics. Filem ini dibintangi Nicolas Cage sebagai Johnny Blaze, penunggang motosikal pelagak ngeri yang menjual rohnya kepada Syaitan dan berubah menjadi Ghost Rider.
