Dear Eleanor
Dear Eleanor ialah filem Amerika Syarikat 2016, arahan Kevin Connolly, dan dibintangi oleh Isabelle Fuhrman, Josh Lucas, Liana Liberato, dan Jessica Alba. Ditulis oleh Cecilia Contreras dan Amy Garcia, ia merupakan kisah dua sahabat yang merentasi Amerika Syarikat pada tahun 1962 untuk bertemu dengan wira zaman kanak-kanak mereka, Eleanor Roosevelt. Filem ini diterbitkan oleh Appian Way Productions milik Leonardo DiCaprio.
