All the President's Men
All the President's Men adalah sebuah filem thriller politik 1976 Amerika Syarikat arahan Alan J. Pakula dengan lakon layar oleh William Goldman. Ia berdasarkan novel bukan cereka 1974 berjudul sama oleh Carl Bernstein dan Bob Woodward, dua orang wartawan akhbar The Washington Post yang menyiasat skandal Watergate yang lama-kelamaan terbongkar hasil laporan mereka berdua lalu menjatuhkan Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu, Richard M. Nixon.
