Uqasha Senrose
Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau lebih dikenali sebagai Uqasha Senrose merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau merupakan kakak kandung kepada Nelydia Senrose dan kakak seibu kepada bekas juara Dewi Remaja 2015 iaitu Raysha Rizrose. Beliau mula terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Melati dalam filem sulungnya, Paku Pontianak dan kemudiannya sebagai Nurin Areesa dalam drama adaptasi novel, iaitu Tundukkan Playboy Itu bersama Hafidz Roshdi.
